suria

40 Sekeluarga Dikuarantin

- Gambar hiasan
TANAH MERAH: Seramai 40 sekeluarga dikuarantin di hospital di sini selepas seorang lelaki berusia 59 tahun meninggal dunia akibat sejenis virus yang belum dapat dikenal pasti oleh doktor.

Lelaki itu batuk-batuk dan sukar bernafas sebelum meninggal dunia di Hospital Tanah Merah pada Isnin.

Seorang saudaranya yang berusia 28 tahun kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Kedua-dua lelaki itu baru pulang dari Kajang, Selangor, selepas bercuti bersama keluarga pada cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Bagi mengelakkan orang lain daripada dijangkiti virus itu, doktor memutuskan supaya 40 ahli keluarga dan saudara-mara lelaki dari Kampung Panglima Bayu itu dikuarantin.

Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher mengesahkan bahawa 40 orang telah dikuarantin di hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan doktor sedang cuba mengenal pasti punca jangkitan.

Anak saudara mangsa yang berusia 23 tahun berkata bapa saudaranya sukar bernafas selepas beliau dan ahli keluarganya pulang daripada cuti.

Beliau diberitahu oleh doktor bahawa bapa saudaranya meninggal dunia akibat radang paru-paru walaupun beliau tidak menghidapi sebarang penyakit serius sebelum ini.

Seorang lagi saudara berkata, doktor mengarahkan semua mereka dikuarantin selepas beberapa orang daripada mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

kuarantin, virus, jangkitan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain