suria

Tiga Beranak Maut Digilis Lori

MELAKA: Tiga beranak maut digilis lori selepas terjatuh daripada motosikal yang dinaiki mereka di Jalan Bukit Larang dekat Telok Mas di sini, Rabu.

Mangsa Mohd Lazi MohdTaher, 34, serta dua anak perempuannya Nur Balqisha Amani,4, dan Nur Farisha Amanina, 7, dari KM9.2 Tambak Bugis dekat Teluk Mas di sini meninggal dunia dalam kejadian kira-kira1 tengah hari Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Pemangku Supt Mohd Sham Abdullah berkata sebelum kejadian, motosikal yang ditunggang MohdLazi dari arah Kampung Balik Bukit ke Kampung Tersusun bergesel dengan sebuahlori dari arah sama sebelum terjatuh.

"Ketiga-tiga mangsa yang terjatuh ke atas jalan kemudian digilis lori berkenaan yang tidak sempat mengelak dan kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai NguSioHaw,73, pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya kedua-dua kenderaan yang terlibat ditahan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawahSeksyen41(1)Akta Pengangkutan Jalan1987.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain