suria

Bot Karam: Dua Mangsa Masih Hilang Disahkan Maut

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ke-13, Khamis diteruskan untuk mencari dua mayat serta tiga lagi mangsa lain yang hilang.
KOTA KINABALU: Dua daripada lima mangsa bot karam yang masih hilang di Sabah disahkan meninggal dunia semasa kejadian itu pada 28 Januari lepas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh waris mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.

"Menurutnya, semasa kejadian itu, dia (waris) menanggalkan jaket keselamatan kedua-dua mangsa yang didapatinya telah meninggal dunia dan memberikannya kepada mangsa lain yang masih hidup," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata, berikutan maklumat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ke-13 hari ini diteruskan untuk mencari dua mayat serta tiga lagi mangsa lain yang hilang.

"SAR pada hari ini menumpukan keluasan kawasan 350 batu nautika persegi di perairan Kota Kinabalu melibatkan 300 anggota dengan 11 aset, masing-masing 10 kapal dan bot serta satu pesawat," katanya.

Dalam tragedi itu, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 26 mangsa ditemui termasuk empat yang maut.

Pulau Mengalum, bor karam, APMM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

40 Sekeluarga Dikuarantin

Artikel Lain