suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPDNKK Sita 2,003 Berus Cat Bulu Babi

gambar contoh

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyita sebanyak 2,003 berus cat diperbuat daripada bulu babi benilai RM10,988.94, kata Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata rampasan itu dibuat kerana melanggar Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang yang Diperbuat Daripada Bahagian Babi atau Anjing) 2013 yang menetapkan barangan tersebut perlu dilabel dan diasingkan.

Setakat ini, katanya KPDNKK telah merekodkan 37 kes daripada 157 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara.

"Kementerian akan terus menjalankan pemeriksaan (di seluruh negara) jika terdapat aduan daripada pengguna," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Kesedaran Pengguna KPDNKK dan Skuad Smart Pengguna 1Malaysia, di sini, Selasa.

Ditanya mengenai persoalan yang ditimbulkan sesetengah pihak bahawa KPDNKK tidak mempunyai kuasa untuk membuat rampasan itu, Hamzah berkata KPDNKK mempunyai kuasa berbuat demikian kerana peniaga gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

"Kita tidak akan merampas barangan tersebut jika ia dilabel dan diasingkan mengikut peraturan," kata Hamzah.

Beliau berkata berkata sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama, peniaga sepatutnya prihatin dengan sensitiviti pengguna Islam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain