suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Terengganu Cedera Akibat Jatuh Kuda

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dimasukkan ke hospital selepas pengsan akibat terjatuh ketika menunggang kuda pada awal Isnin.

Menurut sumber yang rapat dengan beliau, kejadian itu berlaku ketika beliau menjalani latihan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort menjelang kejohanan menunggang kuda yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, portal The Star melaporkan, beliau meminum segelas air di rumah kelab tetapi tidak mengingati apa-apa selepas itu.

"Saya tidak sedar bahawa telah jatuh pengsan. Doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati saya berada dalam keadaan baik.

"Namun saya akan ditempatkan di hospital untuk pemantauan bagi tempoh 24 jam," kata beliau.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar, sebarang program yang melibatkan Ahamd Razif akan ditangguh sehingga diberitahu.

Ahmad Razif Abd Rahman

Artikel Sebelum

Dipenjara Gara-Gara Curi Milo

Artikel Berikut

Artikel Lain