AirAsia Kembali Tawar Diskaun 20 Peratus

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini hingga 12 Februari bagi perjalanan antara 7 Februari hingga 31 Julai, 2017.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata tambang rendah itu meliputi semua destinasi, termasuk Kuala Lumpur ke Shantou, Luang Prabang, Pattaya, Perth, Busan atau Pulau Pinang ke Johor, Medan dan Johor ke Jakarta, Guangzhou.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata diskaun itu terpakai untuk semua tempahan yang dibuat menerusi airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia dan AirAsiaGo, manakala BIG Members boleh menebus mata penerbangan mengunakan AirAsia BIG Points masing-masing.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata kempen promosi 'Semua Tempat duduk, Semua Penerbangan' itu dengan potongan 20 peratus tambang bagi rangkaian jarak dekat dan jarak jauh, juga meliputi Premium Flatbed di AirAsia X. 

"Berdasarkan tambang rendah kami, lebih ramai rakyat Malaysia kini boleh melawat ke destinasi menarik dalam rangkaian penerbangan luas kami, kebanyakannya dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia dan AirAsia X," katanya.-- Bernama

AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain