suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Maut Dalam Kebakaran Rumah Teres

PETALING JAYA: Empat individu ditemui mati dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di No 111, Jalan USJ 2/3 Subang Jaya, dekat  sini, awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, setakat ini identiti kesemua mangsa belum dapat dipastikan.

Menurutnya, tiga mangsa ditemui di dalam bilik tidur manakala seorang lagi mangsa ditemui dalam bilik air.

Katanya, dalam kebakaran yang bermula kira-kira 5.30 pagi itu 80 peratus daripada rumah berkenaan musnah terbakar.

"Kebakaran dapat dikawal kira-kira 6 pagi tadi. Seramai 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Seksyen 7 terlibat dalam memadam kebakaran berkenaan," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain