suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk Desak Kolam Bekas Lombong Bauksit Dikambus

Penduduk melihat kolam bekas lombong bauksit berhampiran Taman Sungai Karang Jaya yang meragut nyawa tiga kanak-kanak pada Ahad. Foto Bernama

KUANTAN: Penduduk di Taman Sungai Karang Jaya dan kawasan sekitar di Beserah dekat sini mendesak pihak berkenaan serta kerajaan negeri  mengambus segera kolam bekas lombong bauksit yang meragut nyawa tiga kanak-kanak, Sabtu.

"Segeralah kambus kolam di kawasan bekas lombong ini sebelum banyak lagi kejadian buruk berlaku," kata Mohd Sharif Awang Ngah, 50, kepada pemberita.

Beliau adalah bapa kepada Nureen Ain Juwita, 10, salah seorang yang lemas di kolam itu.  

Petang Ahad, Mohd Shariff secara simbolik menyertai kira-kira 20 penduduk taman tersebut melakukan kambusan selama kira-kira 15 minit sebagai tanda protes kepada pihak berkenaan yang gagal mengambus kolam itu hingga terdedah kepada bahaya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Sabtu, Nureen Ain serta dua rakannya yang merupakan pasangan adik-beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, ditemukan lemas di kolam itu. - Bernama

bauksit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain