suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin Akui Kejayaan Kerajaan Memacu Negara

KUANTAN: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kejayaan kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara membangun dan model negara Islam.

Beliau berkata, pembangunan itu diusahakan oleh Barisan Nasional dan Umno menerusi satu pucuk kepimpinan yang diwarisi dan tidak boleh dinafikan memandangkan Malaysia bermula sebagai sebuah negara yang tidak memilik apa-apa selepas merdeka.

"Pada masa itu, kita kurang pengetahuan, tiada kilang industri, tiada universiti, kehidupan amat sukar...tetapi di sebalik keperitan itu, negara sudah mencapai ke tahap yang boleh kita banggakan," kata beliau pada ceramah Pribumi di Kampung Batu Sawar dekat Sungai Lembing di sini, Sabtu.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, mungkin pelik kedengaran bagi segelintir pihak apabila mendengar beliau berkata sedemikian seolah-olah masih berada dalam kerajaan.

"Jika layak mendapat pujian, ia perlu diberikan merit. Jika ia perkara yang benar, kebenaran perlu diberitahu.

"Selama berpuluh-puluh tahun, dasar kerajaan yang diusahakan Umno dan Barisan Nasional telah menjadikan negara ini menjadi progresif,  masyhur dan dalam konteks Islam, sebagai negara contoh," kata beliau.

Muhyiddin yang turut menyentuh situasi politik semasa, mengakui sukar untuk menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang jika pembangkang gagal mencapai persefahaman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain