suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Sokong Kerajaan Tuntut Semula Pulau Batu Puteh

GENTING HIGHLANDS: MCA menyokong tindakan kerajaan untuk mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabansga (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh, Batu Tengah dan Terumbu Karang Selatan dekat perairan Johor.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan tersebut merupakan harapan kepada rakyat Malaysia untuk melihat kawasan pulau itu dikembalikan kepada negara.

"Bukti baharu menunjukkan Pulau Batu Puteh merupakan milik Malaysia dan kita mahu menuntut kembali pulau milik kita," kata beliau.

Liow berkata sedemikian selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu China di Pusat Konvensyen Genting Highlands di sini, Sabtu.

Pada majlis itu, syarikat Genting memberi sumbangan sebanyak RM250,000 kepada 25 persatuan kebajikan.

"Cabaran ekonomi pada hari ini membuatkan kami berasa bertanggungjawab untuk menyumbang kepada pihak yang memerlukan bantuan," kata Pengerusi Kumpulan Genting dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Lim Kok Thay.

Kira-kira 800 tetamu yang hadir dihidangkan pelbagai jenis makanan yang disediakan 23 gerai.

Liow Tiong Lai, MCA, Batu Puteh, ICJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain