suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Annuar Tampil Di SPRM Putrajaya

PUTRAJAYA: Tan Sri Annuar Musa tampil di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pagi Jumaat seperti dijanjikan.

Beliau yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) hadir bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan salah laku tadbir apabila menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Annuar tiba tepat jam 9 pagi di perkarangan bangunan SPRM sebelum masuk ke dalam bangunan dipercayai bagi memberi keterangan berhubung kes ini.

Pada Khamis, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New Zealand, Annuar memberitahu pihak media beliau akan menyerah diri kepada SPRM bagi membolehkan kes terhadapnya disiasat dengan telus.

Pada Selasa, Ahli Lembaga Majlis Mara dalam satu mesyuarat yang tidak dihadiri Annuar mencapai keputusan menggantung jawatan beliau dalam agensi itu bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan berhubung dakwaan tersebut.

Annuar Musa, SPRM, FAM, Mara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain