suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Kilang Besi Maut Kaki Tersangkut Pada Mesin

BUTTEROWORTH: Seorang pekerja berusia 56 tahun maut apabila terperangkap dalam mesin yang sedang berputar di kilang besi kawasan perindustrian Prai, di sini.

Kaki kanan Loo Chin Hong hancur apabila ia tersangkut pada mesin berkenaan.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Seberang Jaya pada kira-kira pukul 1.25 petang, Rabu.

Mangsa pada awalnya telah mengesan ada cangkuk pada kren yang tertanggal sebelum memanjat ke platform untuk memasangnya semula.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, malangnya, Chin Hong tergelincir dan kakinya telah tersangkut pada mesin di bawah platform itu.

"Dia menjerit meminta bantuan dan rakan sekerjanya terus bergegas menutup suis mesin berkenaan," katanya.


Prai, Loo Chin Hong

Artikel Berikut

Annuar Tampil Di SPRM Putrajaya

Artikel Lain