suria

Polis Kepung Rumah Jamal

PETALING JAYA: Polis telah mengepung rumah pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos di Ampang.

Jamal sebelum ini dijadualkan mengadakan sidang media di luar perkarangan balai polis Ampang kira-kira pukul 3 petang Khamis.

Media yang dijemput Jamal menyatakan 12 rakannya telah ditahan berikutan aduan orang awam mengenai operasi perjudian haram di Ampang Jaya.

"Saya sudah membuat temu janji pukul 3 petang dengan polis dan saya sedia untuk pergi ke balai polis, jadi saya tidak faham mengapa mereka berada di kawasan rumah saya," katanya kepada The Star Online.

Berdasarkan sekeping gambar yang disediakan Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, anggota polis dilihat berdiri di luar perkarangan rumahnya dan berbual dengan seorang lelaki tidak dikenali melalui pagar.

Beberapa buah kereta polis turut kelihatan di perkarangan rumahnya.

Setiausaha Jamal, Durrany Izam mengesahkan Jamal masih belum ditahan.

"Polis masih berada di luar rumah. Saya fikir beliau (Jamal) masih belum keluar rumah. Polis berada di sini sejak pukul 12.30 tengah hari," katanya.

Durrany berkata dirinya mungkin akan ditahan memandangkan namanya turut dalam senarai reman polis.


Jamal Yunos, PDRM, kepung

Artikel Sebelum

Artikel Lain