suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Sembilan Penyokong Jamal

Fadzil Ahmat.

PETALING JAYA: Polis menahan sembilan rakan pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos pada Rabu malam untuk disiasat berhubung kes kecurian.

Kes itu dikatakan berlaku semasa Jamal dan anggota Baju Merah menyerbu sarang maksiat di Ampang Jaya pada Disember lalu.

"Bagi menjelaskan, Jamal tidak menyerbu sarang perjudian haram. Premis itu merupakan pusat hiburan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad pada Khamis.

"Kita menerima laporan bahawa kecurian berlaku di salah satu daripada serbuan itu. Mereka ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Susulan penahanan itu, Fadzil berkata, Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar juga perlu ditahan bagi membantu siasatan.

Fadzil Ahmat, Baju Merah, Jamal Yunos

Artikel Lain