suria

Star Online Ungguli Senarai Portal Berita

PETALING JAYA: The Star Online mengekalkan kedudukan sebagai portal berita paling kerap dilayari di negara ini.

Berdasarkan laporan Persatuan Digital Malaysia (MDA), The Star Online mengekalkan kedudukan tersebut pada bulan November 2016.

Mengikut maklumat comScore Media Metrix. laporan menunjukkan The Star Online berada di senarai kesembilan daripada 20 laman web tempatan yang paling kerap dilayari di Malaysia, dengan jumlah 705,000 pengunjung.

Laporan itu juga menunjukkan laman web The Star, www.thestar.com.my mengatasi portal berita lain termasuk Malaysiakini (10) dan Harian Metro (19).

Portal perbankan Maybank, maybank2u.com.my kekal pada kedudukan pertama secara keseluruhan dengan jumlah 3.9 juta pengunjung unik, disusuli8 portal perbankan CIMB, cimbclicks.com.my dan AirAisa.com.my.

Laman web yang tidak berada dalam senarai 20 terbaik pada bulan Oktober tetapi berjaya memecah dominasi tersebut pada November termasuk Lynk.my, Cocomy.net dan Maxis.com.

The Star Online juga menungguli senarai portal berita pada Mac dan Jun, berdasarkan laporan awal yang disiarkan MDA.

Star Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain