suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunggu Saya Pulang - Annuar Musa

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akan menjelaskan bagi pihak dirinya apabila pulang dari New Zealand pada Khamis.

Annuar, yang digantung tugas sebagai pengerusi Mara, berkata, adalah lebih baik jika beliau memberi penjelasan sebaik sahaja tiba di Malaysia.

"Saya masih berada di luar negara buat masa ini dan saya tidak mahu kenyataan saya diputarbelit.

"Tunggu sehingga saya pulang," katanya apabila dihubungi pada Rabu.

Dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook, Annuar berkata, beliau kini berada di New Zealand dan akan memendekkan lawatan sebagai tanda patuh terhadap penggantungan tersebut.

Pada Selasa, Annuar diminta 'bercuti sementara' bagi membolehkan siasatn dalaman diadakan berhubung isu penajaan Mara kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Annuar Musa, Mara

Artikel Sebelum

Artikel Lain