suria

Suspek Militan: Dua Pengawal Keselamatan Antara Tiga Ditahan

Seorang suspek yang ditahan dalam serbuan di ibu nepada kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan IS.

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia berstatus Penduduk Tetap (PR) ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS), susulan serbuan di ibu negara dan Pahang.

Antara yang ditahan Cawangan Khas Anti Pengganas Bukit Aman pada 27 dan 29 Januari adalah dua pengawal keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, rakyat Indonesia berusia 37 tahun itu ditahan pada 27 Januari di Kuantan.

"Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia Airlines.

"Suspek mempunyai jaringan dengan militan IS rakyat Malaysia di Syria dan pernah ke Turki pada 2013," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, dalam serbuan itu, Bukit Aman turut merampas senjata api dan tiga naskhah Tarbiyah Jihadiyyah. 

"Suspek dipercayai merancang membawa isterinya bersama ke Syria untuk menyertai IS," katanya.

Khalid berkata, suspek kedua adalah rakyat Malaysia berusia 32 tahun yang juga pengawal keselamatan tetapi di syarikat swasta yang turut ditahan pada 27 Januari di Kuantan.

"Senjata api jenis "Trusty PM 4" dirampas daripada suspek yang juga merancang untuk ke Syria," katanya.

Suspek ketiga pula, kata Khalid adalah rakyat tempatan berusia 38 tahun yang ditahan di ibu negara pada 29 Januari lalu.

"Suspek ini telah mengugut untuk menyerah Jabatan Mufti Negeri Sembilan kerana mendakwa ia tidak mematuhi ajaran Islam.

"Lelaki ini juga mengancam untuk mengebom beberapa lokasi di ibu negara," katanya sambil menambah suspek ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

IS, Khalid, militan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain