Suami Isteri Dipenjara, Denda Atas Tuduhan Rasuah - Semasa | mStar

Suami Isteri Dipenjara, Denda Atas Tuduhan Rasuah

IPOH: Sepasang suami isteri, juga merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masing-masing dipenjara dan didenda oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas semua pertuduhan pilihan membabitkan rasuah.

Hakim S. Indra Nehru memerintahkan Leftenan Komander TLDM Rizalman Ghazali, 38, dipenjara selama sembilan bulan dan denda RM20,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan pilihan.

Isterinya, Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 35, yang mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pilihan, dihukum penjara enam bulan serta denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula pada Selasa.

Rizalman didakwa bersubahat dengan isterinya menerima wang tunai berjumlah RM420,852.85 daripada Hussin Roslim melalui kad debit CIMB dan Affin Bank pada Oktober 2014 hingga Januari 2015 di Manjung.

Tertuduh mengetahui bahawa Hussin mempunyai kepentingan dan ada hubungan dengan kerja-kerja rasmi isterinya.

Rizalman didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sementara Rozlin didakwa menerima wang tunai berjumlah RM230,011.44 melalui kad ATM Affin Bank daripada Hussin melalui suaminya pada Oktober 2014 hingga Januari 2015 di Manjung.

Rozlin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada Oktober 2015, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Norazah Kasran manakala pasangan itu diwakili Norhasham Hasan dan Shahril Adli Zain. - BERNAMA

suami isteri , rasuah

Artikel Sebelum

MPK Roboh Tokong Menyerupai Kubah Masjid

Artikel Berikut

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Petang Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain