Kedudukan Annuar Dalam Umno: Terpulang Kepada Presiden - Tengku Adnan - Semasa | mStar

Kedudukan Annuar Dalam Umno: Terpulang Kepada Presiden - Tengku Adnan

Tengku Adnan Tengku Mansor.

KUALA LUMPUR: Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan Umno selepas penggantungannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) terserah kepada keputusan presiden parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jawatan beliau dalam Umno dilantik presiden dan penggantungan Tan Sri Annuar adalah dalam agensi kerajaan.

"Tidak berbangkit jawatannya dalam Umno, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden," katanya.

Mara pada Selasa menggantung tugas Anggota Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ahli Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi itu di sini.

Ia membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Tengku Adnan berkata penggantungan itu juga sebagai prosedur siasatan dan belum terbukti Annuar melakukan kesalahan.

"Sebagai Ketua Penerangan Umno, beliau bekerja dengan kuat dan melaksanakan tugas dengan baik, tidak ada masalah," katanya. - BERNAMA

Annuar Musa , Mara , Umno

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Petang Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain