suria

Berita Harga Minyak Naik Februari Belum Sah - PDAM

PETALING JAYA: Khabar angin kenaikan harga minyak mulai 1 Februari ini belum dapat disahkan, kata Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Azizi berkata, pihaknya maklum berkaitan penyebaran maklumat mengenai kenaikan harga minyak di sosial media, bagaimanapun setakat ini ia belum dapat disahkan.

Bagaimanapun, tambah beliau, PDAM sememangnya menjangka berlaku kenaikan harga untuk bulan depan.

"Berdasarkan kiraan dan ramalan, akan berlaku kenaikan harga minyak pada Februari ini.

"Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak pada kerajaan. Kadar sah akan hanya diketahui secara rasmi selepas pukul 8 malam nanti," katanya.

Sepanjang bulan ini, harga RON95 adalah RM2.10 setiap liter, RON97 (RM2.40) dan diesel pada harga RM2.05.

Mesej yang disebarkan mendakwa RON95 akan naik 15 sen pada Februari ini, manakala RON97 pula naik lima sen kepada RM2.45 dan diesel pula naik 20 sen.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan sistem apungan harga minyak mulai 1 Disember 2014 susulan pemotongan subsidi.

RON97, PDAM

Artikel Lain