suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedi Golf Dituduh Bunuh Rakan Wanita

KOTA TINGGI: Seorang kedi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas dakwaan membunuh rakan wanitanya pada Disember lepas.

Mohd Hayattulnurul Mohd Ghazali Ejau, 27, (gambar) mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Tinggi Hairul Azhar Mohamad.

Mohd Hayattulnurul dituduh membunuh Rovina Md Shariff, 37, antara 9.15 malam pada 10 Dis hingga 11 pagi 12 Dis tahun lepas, di hadapan sebuah pondok di ladang getah di Jalan Haji Salleh, Kampung Lukut dekat sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat, forensik dan kimia.

Di mahkamah sama, Mohd Hayattulnurul mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam badannya pada 8 September 2015. 

Dia didakwa menurut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan polis tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.

Mahkamah menetapkan 13 Feb ini untuk menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan untuk kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Kedi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain