suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siasat Individu Wujud FB "Thaipusam Spraying Group" - Wanita MCA

PETALING JAYA: Wanita MCA menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis untuk 'menutup akaun' dan menyiasat individu yang mewujudkan laman Facebook "Thaipusam Spraying Group".

Kumpulan tersebut pada Isnin mengancam untuk menyembur cat pada wanita yang tidak berpakaian sopan semasa perayaan Thaipusam.

"SKMM bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap Henry Barnabas (pengasas laman Facebook itu) kerana mengancam keselamatan awam dan juga menghasut," kata Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dalam satu kenyataan pada Selasa.

Seai Kie berkata gesaan polis yang meminta kumpulan itu supaya berdoa berbanding melakukan ancaman tersebut tidak mencukupi kerana ia gagal menghalang keganasan terhadap golongan wanita.

Pada masa sama, beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya tidak berkompromi dengan sebarang bentuk keganasan terhadap golongan lelaki mahupun wanita.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain