suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Tahan Empat Pegawai Imigresen Selangor

KUALA LUMPUR: Dua wanita antara empat pegawai Jabatan Imigresen Selangor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan laporan bayaran mengandungi maklumat palsu Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi permohonan pasport Malaysia antarabangsa (PMA).

Menurut sumber, kesemua mereka yang berumur antara 31 dan 39 tahun itu ditahan di pejabat Imigresen Selangor kira-kira 3.30 petang Isnin. 

"Suspek dikatakan menerima permohonan PMA dan memberikan resit yang sahkepada pemohon mengikut proses yang sah, bagaimanapun suspek menukar maklumat dalam sistem bahawa pemohon adalah OKU tanpa pengetahuan pemohon.

"Suspek kemudian akan mengambil RM200 yang dibayar oleh pemohon PMA danmenukar maklumat di dalam sistem kerana permohonan PMA bagi OKU adalah percuma,"katanya kepada Bernama.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain