14 Das Tembakan Dilepaskan Ke Arah Rumah Kontraktor - Semasa | mStar

14 Das Tembakan Dilepaskan Ke Arah Rumah Kontraktor

GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN: Dua individu yang menaiki sebuah motosikal melepaskan 14 das tembakan ke arah rumah seorang kontraktor di Jalan Munshi Abdullah di sini awal pagi Selasa.

Berdasarkan kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah kontraktor itu, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dilihat berhenti di hadapan kediaman tersebut dan seorang daripadanya melepaskan tembakan dari luar pagar ke arah hadapan rumah berkenaan.

"Kedua-dua lelaki itu memakai topi kaledar menutup muka penuh dan dipercayai melepaskan tembakan untuk mengugut dan cuba menakutkan pemilik rumah itu," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid.

Beliau berkata kejadian itu hanya disedari kontraktor berusia 44 tahun tersebut pada pukul 6.30 pagi ketika dia hendak keluar untuk menghantar anaknya ke sekolah.

"Terdapat beberapa kesan tembakan pada dinding dan pintu hadapan rumah teres dua tingkat itu dan hasil pemeriksaan, polis menemui 14 kelongsong peluru di kawasan itu.

"Kontraktor itu memang dengar bunyi tembakan tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka ia bunyi mercun," kata Mior Faridalatrash.

Sementara itu seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 48, berkata dia juga mendengar bunyi letupan tetapi menyangka ia bunyi mercun.

"Saya bangun dari tidur dan melihat ke luar rumah dari bilik tidur di tingkat atas, tetapi tidak nampak apa-apa. Waktu itu saya fikir ia mungkin budak-budak main mercun," katanya.

Beliau hanya menyedari berlaku kes jenayah apabila melihat kehadiran ramai anggota polis.

"Ini kejadian pertama sejak saya tinggal di sini lebih 10 tahun lepas. Kami harap polis buat lebih kerap rondaan di kawasan ini yang merupakan jalan utama," katanya. - BERNAMA

Tembakan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp