suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Siasat Dakwaan Bapa Ditumbuk Guru Semasa Daftar Anak Sekolah

- Gambar hiasan
SIMUNJAN: Bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa ditumbuk oleh seorang guru lelaki dalam kejadian semasa sesi pendaftaran persekolahan pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Zamzuri Mohamad berkata sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara bapa dan guru itu berhubung senarai nama untuk semakan untuk proses pendaftaran.

Katanya hasil siasatan awal mendapati bapa pelajar tersebut tidak berpuas hati kerana senarai nama pelajar tidak dipamerkan bagi memudahkan urusan pendaftaran.

"Kejadian berlaku pada 9.30 pagi semasa sesi pendaftaran. Semasa pendaftaran, bapa pelajar itu telah ditumbuk di telinga kiri oleh seorang guru berkenaan.

"Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Simunjan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain