suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bilangan Mangsa Banjir Di Terengganu Semakin Menurun

Sebahagian bangunan yang menempatkan kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Getang ditutup selepas dinaiki air pada Ahad. Foto Bernama

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi Isnin berkurangan kepada 1,022 orang berbanding 1,606 orang malam Ahad.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, ketika ini hanya 302 keluarga masih berada di 21 pusat pemindahan di lima buah daerah.

"Daerah Hulu Terengganu yang terjejas teruk menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa hanya seramai 361 orang setakat pukul 8 pagi berbanding 853 orang pada pukul 10 malam tadi.

"Dua pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup menjadikan bilangan yang masih dibuka hanya empat bua iaitu di Hulu Terengganu.

"Di Marang pula, jumlah mangsa menurun kepada 488 orang berbanding 540 orang malam tadi.

"Jumlah mangsa di Dungun ialah 87 orang, Kemaman (58) dan Setiu (28 orang)," katanya. - Bernama

Artikel Lain