suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Harap Hubungan Lebih Kukuh Di Bawah Pemerintahan Sultan Muhammad V

Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V.
SINGAPURA: Kerajaan Singapura berharap dapat menjalin hubungan lebih kukuh dengan Malaysia di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

"Saya yakin Malaysia akan menikmati kemajuan yang baik di bawah pemerintahan baginda," kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam surat tahniah yang diedarkan kepada media lewat Khamis.

Hsien Loong berkata, Malaysia dan Singapura berkongsi sejarah yang panjang bagi membina hubungan rakyat kedua-dua negara.

"Melihat ke hadapan, projek-projek bersama seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan menjadikan hubungan rakyat Malaysia dan Singapura lebih erat.

"Saya berharap untuk mengukuhkan hubungan antara negara kita semasa di bawah pemerintahan baginda," kata Hsien Loong.

Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, pada Selasa.

"Bagi pihak kerajaan Singapura, saya ingin merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15," catat Hsien Loong dalam surat tahniah itu.

Hsien Loong turut menyampaikan penghargaan kepada Sultan Muhammad V yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang bekas perdana menteri pertama Singapura.

"Kami akan menghargai kehadiran Tuanku yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang Lee Kuan Yew pada Mac 2015.

"Isteri saya turut bersama-sama mengucapkan kejayaan bagi Tuanku," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain