suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Siasat Posting FB Mengenai Penangkapan Lelaki Bergelar Datuk

MIRI: Polis akan menyiasat posting dalam Facebook berhubung penangkapan Datuk Stephen Lee Chee Kiang, suspek utama dalam kes pembunuhan setiausaha PKR Cawangan Miri Bill Kayong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekama di Kuching pada Rabu mengenai posting berbaur fitnah oleh seorang yang menggunakan nama Vernon Aji Kedit.

"Posting ini nampaknya memperkecilkan usaha dan kerja keras yang dijalankan  oleh polis untuk menjejaki dan membawa suspek ke muka pengadilan," katanya.

Beliau berkata polis sedang menyiasat laporan itu atas kesalahan memfitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurut beliau, polis Sarawak sedang dalam proses mengenal pasti pemilik akaun tersebut untuk membolehkan dia dibawa untuk disoal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain