suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Cedera Kemalangan Libatkan Tiga Kenderaan Di Simpang Pulai

IPOH: Lapan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 41, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands petang Rabu.

Kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Myvi, Toyota Vellfire dan Honda Accord.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Abdul Khir Md Noh berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 3.30 petang, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Akibat kemalangan itu, beliau berkata sepasang suami isteri yang menaiki Perodua Myvi dari Ipoh ke Cameron Highlands, patah kaki dan tangan.

"Kemalangan itu turut menyebabkan enam orang termasuk dua kanak-kanak yang menaiki Toyota Vellfire cedera, manakala pemandu dan penumpang Honda Accord tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Abdul Khir berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan. - BERNAMA

kemalangan, Simpang Pulai

Artikel Lain