suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MITI, Matrade Nafi Gambar PM Diturunkan Dari Ruang Expo Itali

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menafikan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan dari ruang Pavilion Malaysia di Ekspo Milano, Itali, tahun lalu.

Menerusi satu kenyataan bersama pada Rabu, MITI serta Mmatrade turut menyangkal kejadian seumpamanya pernah berlaku sebagaimana didakwa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi paparan video dalam talian.

"Kami kesal dengan cubaan menjatuhkan kredibiliti pihak pengurusan untuk melemahkan profesionalisme dan kecekapan pegawai yang terbabit dalam pengurusan ekspo terbabit.

"Pihak pengurusan dan operasi Pavilion Malaysia sudah bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab semasa program itu berlangsung bagi kelancaran ekspo berkenaan," kata kenyataan itu.

Ekspo Milano yang diterajui MITI berlangsung pada 1 Mei hingga 31 Oktober tahun lalu memberi penekanan kepada pembangunan mapan biodiversiti di Malaysia.

Turut serta dalam ekspo berkenaan adalah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Program ini adalah satu langkah memperkenalkan keupayaan Malaysia dalam variasi produk dan perkhidmatan bertujuan menggalakkan pelaburan, pelancongan dan perdagangan di negara ini.

MITI, Matrade

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain