suria

Mayat Remaja Lemas Di Pantai Tanjung Aru Ditemui

KOTA KINABALU: Mayat seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas semasa mandi di pantai Tanjung Aru dekat sini semalam, ditemui terdampar di pantai berkenaan awal hari Isnin.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata mayat Mohd Khairul Firdaus Lamasin, 17, ditemui dalam keadaan berbaring oleh pengunjung yang secara kebetulan sedang berjoging di pantai berkenaan kira-kira 6.30 pagi.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 1 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang semalam," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Ahad, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut, dilaporkan hilang ketika mandi bersama adiknya di pantai berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari.


Polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudiannya melancarkan gerakan mencari dan menyelamat bermula 1 tengah hari.
remaja lemas, Tanjung Aru, M. Chandra

Artikel Lain