suria

Mengekang Ancaman Penyakit Bawaan Pekerja Asing

SEREMBAN: Kementerian Kesihatan mahu mewajibkan semula pemeriksaan kesihatan tahunan kepada pekerja asing bagi mengekang penyebaran penyakit di kalangan kumpulan berkenaan.

Seorang pegawai kementerian berkata, rekod menunjukkan bilangan pekerja asing yang mendapatkan rawatan untuk penyakit kronik terus meningkat.

Tambah beliau, jika peraturan itu dilaksanakan, kemudahan kesihatan kerajaan tidak akan 'dipenuhi' dengan pekerja asing.

Jelas beliau. ia adalah langkah yang masuk akal terutamanya melibatkan dua juta pekerja asing berdaftar di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan kerana mereka mungkin menghidap penyakit berjangkit ketika pulang ke negara asal untuk bercuti.

Dengan anggaran rasmi sehingga tiga peratus daripada pekerja asing di negara ini tidak sihat, sekali gus melibatkan sehingga kira-kira 60,000 orang.

Menurut pegawai itu, kementerian sedang mendapatkan maklum balas daripada majikan dan pihak berkepentingan yang lain mengenai isu tersebut.

Pada masa ini, pekerja asing dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan tiga kali dalam tempoh tiga tahun.

Selain saringan pertama di negara-negara asal, mereka juga wajib menjalani pemeriksaan perubatan dalam tempoh sebulan selepas tiba di sini.

Mereka kemudian mesti melalui satu lagi pemeriksaan kesihatan sebelum permit tahunan mereka boleh diperbaharui.

Pemeriksaan kesihatan akhir dilakukan sebelum permit mereka boleh diperbaharui pada tahun ketiga.

Bagaimanapun pegawai itu berkata, kajian kementerian menunjukkan bahawa sistem pemeriksaan kesihatan sedemikian untuk pekerja asing adalah tidak berkesan.

"Masih ramai pekerja asing yang didapati tidak sihat untuk bekerja di sini," kata pegawai itu, sambil menambah bahawa sebahagian besar daripada mereka menderita akibat penyakit berjangkit.

Apabila Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing menswastakan pemeriksaan kesihatan pekerja asing kepada Fomema pada 1997, mereka diwajibkan menjalani peperiksaan perubatan setiap tahun.

Bagaimanapun, keputusan itu telah disemak semula pada 2006.

Pegawai itu berkata, pada Mei tahun ini, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin memutuskan untuk mengukuhkan program Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing.

Dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia mengumumkan bahawa pelaksanaannya akan diputuskan selepas perbincangan dengan majikan.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, selain mengurangkan kadar penyakit berjangkit, langkah itu juga bagi memastikan pekerja tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain