suria

UPM Bangkitkan Semangat Kesukarelawan

PETALING JAYA: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM), menitikberatkan semangat kesukarelawan dalam kalangan pelajar universiti menerusi penubuhan Putra Volunteer.

Putra Volunteer adalah gabungan semua kelab dan persatuan sukarelawan serta sukarelawan dari 17 kolej kediaman, menjadikan ia sebagai gerakan sukarelawan UPM.

Naib Yang Di Pertua (NYDP), S.Shatesh Kumar berkata, gerakan sukarelawan ini dilancarkan pada 5 Disember, selaras dengan Hari Sukarelawan Sedunia.

“Pelancaran sempena Hari Sukarelawan Sedunia ini lebih fokus dari segi aspek belia, sukan, akademik, agrobio, pendidikan, pengurusan bencana serta khidmat komuniti.

“Terdapat rancangan lain seperti projek mega sukarelawan, dan keistimewaan menjadi sukarelawan antaranya dengan memperkenalkan anugerah sukarelawan terbaik mengikut semester, sijil jumlah khidmat sukarelawan serta kad ahli,” katanya.

Selain itu, dalam usaha menjaga alam sekitar serta menaikkan kedudukan universiti bagi penarafan GreenMetric, MPP UPM akan mewujudkan Hari Tanpa Plastik pada setiap Rabu di seluruh kampus.

Tambahan pula, amalan kitar semula juga diwajibkan di semua 15 fakulti dan ia dilaksanakan dengan mewujudkan 'Waste Bank' iaitu pusat pengumpulan bahan-bahan kitar semula di UPM.

Fokus utama MPP UPM Sesi 2016/2017 adalah terhadap kebajikan, sukarelawan, akademik, pembangunan insaniah serta kepimpinan dalam kalangan siswa dan siswi UPM.

Pemilihan MPP UPM diadakan pada 27 September, menempatkan seramai 45 orang ahli menjalankan tanggungjawab sebagai wakil mahasiswa UPM.

UPM, Putra Volunteer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain