MEF: Tolak Rayuan Pekerja Asing Gagal Ujian Kesihatan - Semasa | mStar

MEF: Tolak Rayuan Pekerja Asing Gagal Ujian Kesihatan

SEREMBAN: Kerajaan perlu tegas sekiranya terdapat pekerja asing yang gagal saringan kesihatan, termasuk segera menghantar mereka pulang tanpa membenarkan sebarang permohonan rayuan.

Langkah itu bagi mengelak kumpulan majikan mengeluarkan perbelanjaan lebih kepada pekerja asing untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan.

Demikian reaksi Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berhubung cadangan Kementerian Kesihatan untuk kembali melakukan pemeriksaan tahunan kepada pekerja asing.

"Langkah sedemikian akan menambah kos kami menjalankan perniagaan, majikan pula terpaksa membelanjakan wang yang lebih," kata Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan.

Beliau berkata, langkah itu akan menambah kos majikan sehingga RM190 bagi setiap pekerja untuk pemeriksaan kesihatan tahunan, sambil menambah bahawa majikan yang mempunyai bilangan pekerja asing yang ramai akan terjejas teruk.

"Dengan senario ekonomi semasa, langkah itu akan memberi kesan yang  teruk," katanya.

Shamsuddin berkata, jika kerajaan mahu mengawal penyebaran penyakit berjangkit dengan berkesan, pihak berkuasa tidak seharusnya membenarkan rayuan oleh pekerja asing yang gagal pemeriksaan kesihatan pertama mereka di sini.

"Sekarang golongan pekerja ini dibenarkan untuk membuat rayuan walaupun gagal ujian kesihatan mereka (semasa ketibaan). Kami di MEF tidak faham mengapa ini dibenarkan," katanya sambil menambah, terdapat banyak kes rayuan yang berjaya.

Shamsuddin berkata, pekerja yang menghidap penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi juga telah dibenarkan untuk membuat rayuan.

"Pekerja yang mempunyai penyakit berjangkit atau tidak berjangkit perlu dihantar pulang. Masalah timbul apabila rayuan dilayan," katanya.

Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Foo Chek Lee berkata, majikan sudah menanggung bil yang tinggi untuk pemeriksaan kesihatan pekerja di negara-negara mereka sendiri sebelum datang ke sini.

"Ia bukan hanya menambah beban kepada majikan, ia juga memakan masa untuk pekerja dan majikan," katanya.

Beliau berkata, MBAM juga mempersoalkan keperluan untuk melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan dalam tempoh setahun.

"Mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan di negara mereka sendiri dan sekali lagi di Malaysia," katanya.

Katanya lagi, kumpulan ekspatriat juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara tahunan.

"Jika kementerian mahu melaksanakannya, wajibkan kepada semua. Ekspatriat juga warga asing," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain