suria

Polis Soal Siasat Ahli Parlimen Klang

Charles Santiago.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dipanggil polis untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan Bersih 5 yang diadakan dua minggu lalu.

Pemimpin DAP itu ditemani peguamnya, John Fam hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

Charles berkata surat daripada polis yang diterimanya memberi gambaran bahawa beliau dipanggil berkaitan satu laporan polis.

Namun, apabila beliau tiba untuk disoal siasat, pegawai polis yang menyoalnya memaklumkan bahawa tiada laporan polis dibuat.

"Dia berkata mereka memanggil individu yang mereka kenal pasti menerusi kamera dan pengawasan untuk mengetahui apa yang berlaku pada perhimpunan tersebut.

"Pada asasnya, mereka mahu menentukan sama ada sekumpulan individu berada di sana pada masa itu," katanya.

Sebagai contoh, katanya, beliau ditunjukkan gambar beberapa individu dan bertanya jika dirinya mengenali individu tersebut.

Menjawab soalan itu, Charles berkata, beliau tidak mengenali individu terbabit.

Jelas Charles, beliau turut disoal mengenai kandungan ucapan yang diberikan semasa perhimpunan dekat stesen LRT Bangsar.

"Saya kata dalam ucapan tersebut, saya bercakap mengenai kepentingan untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil di negara ini. Itu sahaja, tiada isu mengenainya," kata Charles.

Charles Santiago, PDRM

Artikel Berikut

Artikel Lain