suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapar Tiri Lakukan Serangan Seksual, Remaja Buat Laporan Polis

GAMBAR HIASAN

MIRI: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun membuat laporan polis terhadap bapa tirinya yang didakwa cuba melakukan serangan seksual.

Remaja tersebut yang sudah tidak bersekolah, mendakwa, bapa tirinya itu cuba melakukan perbuatan itu pada Sabtu malam ketika dia sedang berada di dalam tandas di rumahnya.

Dalam laporan polis itu, remaja terbabit berkata, suspek pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

Dalam kejadian terbaharu, remaja tersebut berkata, bapa tirinya menyentuh bahagian kemaluannya tetapi dia berjaya melarikan diri sebelum dirinya diperkosa.

Gadis berkenaan membuat laporan polis dengan bantuan pusat kebajikan masyarakat.

Susulan itu, polis Miri menahan suspek yang berusia lewat 30-an di rumahnya dan mendapatkan perintah tahanan reman untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan perkara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain