suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Ditikam Ditemukan Di Pulau Pinang

GAMBAR HIASAN

GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 50-an ditemukan mati dengan kesan tikaman di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi Jalan Terengganu di Datuk Keramat di sini pada awal pagi Ahad.

Difahamkan, mayat lelaki itu ditemukan orang awam yang kebetulan lalu di lokasi tersebut dengan keadaan mangsa terlentang di tempat duduk belakang sebuah teksi berwarna biru kira-kira pukul 2 pagi.

Polis dilaporkan masih menyiasat motif kejadian dan identiti mangsa belum dapat dipastikan.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Artikel Lain