suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya Bukan 'Demonstrasi' - Gaum

KOTA KINABALU:  Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya tidak boleh ditakrif sebagai 'demonstrasi' seperti didakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Perhimpunan itu mendapat permit sah dan diadakan di stadium tertutup, kataPengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (Gaum) Datuk Zulkarnain Mahdar. 

Beliau berkata perhimpunan itu juga berlangsung dengan aman tanpa sebarang kesulitan kepada orang ramai, laluan trafik lancar dan peniaga berniaga seperti biasa.

"Perhimpunan hari ini adalah satu perhimpunan mewakili desakan suara rakyat Malaysia yang membantah kekejaman askar Myanmar terhadap etnik Rohingya yang telah dinafikan hak," katanya dalam satu kenyataan. 

Perhimpunan itu telah dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, NGO, ribuan rakyat Malaysia serta etnik Rohingya. 

Dr Mahathir dalam kenyataan pada sidang akhbar Persidangan Kebangsaan Tahunan DAP 2016, juga berkata Najib tidak sepatutnya hadir pada perhimpunan itu, sebaliknya mengadakan rundingan antara Kerajaan dengan Kerajaan bagi menyelesaikan isu Rohingya.  -Bernama

Gaum, Datuk Zulkarnain Mahdar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain