suria

"Dana Permata Tak Masuk Ke Dalam Beg Tangan Saya" - Rosmah

Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan dana untuk Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata) tidak masuk ke dalam poket beliau.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa apa sahaja bajet yang kami terima dari kerajaan, tidak masuk ke dalam beg tangan saya," katanya semasa berucap selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Sedunia (WCES).

Rosmah yang juga isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dana tersebut ada dalam simpanan Perbendaharaan Persekutuan.

Beliau tidak dapat menyertai persidangan itu dua minggu lalu, maka majlis khas diadakan untuk menyampaikan anugerah tersebut.

Rosmah berkata bukan mudah untuk mendapatkan wang daripada Perbendaharaan kerana terdapat prosedur yang perlu diikuti.

"Anda perlu bertanya kepada Datuk Seri Siti Azizah (pengerusi jawatankuasa kerja Permata) kerana beliau adalah individu yang memohon wang tersebut dan memastikan cara ia dibelanjakan dan dikeluarkan. Beliau tidak melaporkan kepada saya," katanya.


Rosmah Mansor, Permata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain