suria

Legenda Kadazandusun "Dihidupkan"

Alexandra Alexander memegang watak utama sebagai Huminodun

KOTA KINABALU: Kisah Huminodun sering diceritakan kepada golongan kanak-kanak Kadazandusun tentang seorang gadis yang mengorbankan dirinya supaya kaumnya boleh meneruskan kehidupan.

Kini, seluruh dunia berpeluang untuk mengetahui kisah gadis tersebut apabila kehidupan legenda difilemkan dan bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Mei tahun depan sempena sambutan Kaamatan (Pesta Menuai).

Kisah legenda ini sudah biasa didengari dalam kalangan masyarakat Kadazandusun iaitu Huminodun merupakan anak perempuan kepada dewa Kinoingan dan Suminundu, dan pengorbanan gadis itu merupakan asas kepada sambutan Kamaatan.

Filem yang bertajuk Huminodun ini mengambil masa tayangan selama sejam dan dirakam sepenuhnya dalam bahasa Kadazandusun.

Penerbit filem itu, Jo Luping berkata, filem berkenaan ditujukan kepada generasi muda Sabah terutamanya etnik Kadazandusun, Murut dan Rungus untuk menghargai bahasa ibunda mereka sendiri memandangkan golongan tersebut lebih gembar menggunakan Bahasa Malaysia.

“Sebagai penduduk Sabah dan berasal daripada etnik Kadazandusun, saya mengambil berat tentang masa depan bahasa dan budaya kami,” kata anak kepada bekas peguam negara, Tan Sri Herman Luping.

“Ketika menetap di New Zealand, saya dapat melihat sendiri bagaimana orang asli Maori mempertahankan budaya dan bahasa mereka.

"Perkara yang paling penting adalah membuka mata masyarakat (Kazadandusun) supaya mereka dapat melihat bahasa disampaikan menerusi filem ini,"kata Jo, isteri kepada seorang pengarah projek, Aaron Cowan.

Cowan, seorang pembuat filem berpengalaman, terlibat dalam banyak pembikinan filem terkenal seperti trilogi The Lord of the Rings, The Chronicles of Narnia, Avatar, The Adventures of Tin Tin, Man of Steel dan Dawn of the Planet of the Apes.

Luping berkata, pembikinan filem Huminodin menerima kelulusan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun.

Ahli perniagaaan, Datuk Francis Goh dan Datuk Ayub Aman juga menyokong projek ini.

Menurut Jo, penggambaran filem tersebut bermula pada 8 November lalu selepas lebih dua tahun melakukan kajian.

Jelas beliau, kira-kira 80 peratus penggambaran sudah disiapkan dan hanya tanaman padi mengeluarkan hasil di daerah Kota Belud, utara Sabah.

Tambahnya, selain menayangkan Huminodun pada Pesta Kaamatan, beliau berharap dapat filem itu dapat ditayangkan pada festival filem dan memasuki pasaran China.

Pelakon baharu, Alexandra Alexander akan memainkan watak utama filem tersebut.

Kadazandusun, Huminodun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain