suria

Sindiket Penyeludupan LPG Tumpas - KPDNKK

GAMBAR HIASAN

KLANG: Sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang mengaut keuntungan puluhan juta ringgit berjaya ditumpaskan pihak berkuasa Rabu.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Cawangan Operasi Khas) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, berkata tujuh lelaki tempatan berumur 22 hingga 45 tahun ditahan ketika sedang memindahkan gas LPG sebelum dijual semula kepada industri.

"Dalam serbuan 8.45 malam di sebuah stor haram di Jalan Papan, Pelabuhan Klang itu, 2,776 tong gas dan empat lori tangki LPG bernilai kira-kira RM2.1 juta berjaya dirampas," katanya pada sidang media di premis stor haram itu, Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana menyimpan barangan kawalan dengan niat melakukan kesalahan dan Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan.

Menurut beliau, modus operandi sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu itu ialah membeli gas LPG bersubsidi kemudian memindahkannya ke dalam tangki dan tong seberat 50 kilogram untuk dijual kepada pihak industri dengan harga kira-kira 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Iskandar Halim berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan terhadap dua syarikat pemborong berlesen yang beroperasi di luar Lembah Klang yang turut dikenal pasti bersubahat menjual gas LPG bersubsidi kepada sindiket itu. - BERNAMA

KPDNKK, LPG

Artikel Sebelum

KJ Pilih Azwan Bro

Artikel Berikut

Artikel Lain