suria

KJ Pilih Azwan Bro

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meletakkan kepercayaan kepada orang nombor duanya, Khairul Azwan Harun sebagai pengganti bagi memimpin sayap Umno itu.

Menurut Khairy, Khairul Azwan yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Azwan bro’ mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda perjuangan Pemuda Umno apabila beliau melepaskan jawatannya itu pada pemilihan parti akan datang.

“Sudah pasti naib ketua saya adalah orang yang mampu melakukan tugas ini. Saya sudah lakukan yang terbaik untuk latih beliau sebagai pemimpin…beliau sesuai untuk jadi pengganti saya,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Sebelum ini Khairy membayangkan untuk tidak mempertahankan jawatannya itu.

Bagaimanapun menurut Khairy perkara berkenaan perlu ditentukan sendiri oleh perwakilan yang akan memilih pemimpin yang baharu.

“Saya ada pandangan siapa yang saya fikir berkemampuan untuk ambil alih, tapi ia terpulang kepada perwailan untuk buat pilihan.

“Pemuda selalu dianggap sebagai kilang pemimpin. Jika selepas satu atau dua penggal sebagai ketua pemuda tapi tinggalkan tanpa sediakan pengganti, saya dianggap gagal sebab saya penjaga kilang.

“Kalau penjaga kilang tak buat produk yang bagus, jadi saya gagal,” katanya.

KJ, Azwan bro, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain