suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Ambil Alih RUU 355 - Najib

KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 akan diambil alih pihak kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau berharap cadangan yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak dipolitikkan kerana ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.

"Kepada yang bukan beragama Islam usahlah bimbang kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Khamis.

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu minta proses huraian bagi cadangan pindaan RUU 355 ditangguhkan sehingga sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang dengan alasan bagi mengelakkan kekeliruan.

Pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu bagi meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.


RUU, Najib, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain