suria

Perodua Bezza Menang Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix

KUALA LUMPUR: Perodua Bezza menerima anugerah Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) Terbaik dan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) Terbaik, kedua-duanya bagi kategori kereta keluarga kecil pada Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix pada Selasa.

"Kedua-dua anugerah ini merupakan pengiktirafan ke atas usaha kami yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan dalam produk kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Dr Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan.

Pada 16 Julai, 2016, Perodua Bezza juga diberikan penilaian 5 bintang daripada ASEAN NCAP, menjadikannya kereta sedan nasional mesra alam 5 bintang pertama di Malaysia.

Perodua Bezza merupakan model Perodua yang ke-11 dan kereta sedan cekap tenaga pertama dengan teknologi baharu dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti kawalan kestabilan kenderaan, kawalan daya tarikan dan bantuan brek. - BERNAMA

Perodua Bezza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain