suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maria Chin Terima Ugutan Bunuh

Maria Chin menunjukkan nota dan peluru hidup yang dipercayai merupakan ugutan bunuh terhadap dirinya dan keluarga.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendakwa beliau dan keluarganya menerima sampul surat yang mengandungi mesej ugutan bunuh dan sebutir peluru hidup .45.

"Saya menemukan surat tersebut pada pagi ini (Selasa). Saya mungkin menerimanya pada 17 November lalu tetapi saya tidak perasan surat ini," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau berkata, anak lelakinya mungkin membawa surat itu ke dalam rumah pada 17 November lalu tanpa pengetahuannya sebelum perhimpunan Bersih 5.0 diadakan.

Namun beliau hanya menyedari surat itu di atas mejanya pada awal pagi Selasa.

Dalam surat itu tertulis nota berbahasa Inggeris, "AMARAN AKHIR JIKA TIDAK MARINA DAN KELUARGA MATI.".

Maria menjelasnkan namanya tidak dieja dengan betul dan sempat bergurau bahawa si pelaku mungkin tersalah rumah.

Apabila ditanya tentang perasaannya membaca surat itu dan menerima peluru hidup, Maria berkata, dia berasa jengkel.

"Tindakan ini wajar dikecam sepenuhnya. Individu yang melakukan perkara ini perlu dipenjarakan," katanya sambil menambah akan membuat laporan polis.

Maria Chin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain