suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Baharu Perlu Dilengkapi ESC Bermula 1 Jun 2018

SEPANG: Semua model kereta baharu yang dipasarkan di negara ini bermula 1 Jun 2018 perlu dilengkapi ciri keselamatan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sistem keselamatan canggih dan terkini itu dapat mengurangkan sehingga 40 peratus risiko kemalangan jalan raya akibat hilang kawalan.

"Ia juga adalah alat perlindungan nyawa paling kos efektif pada masa ini dengan keputusan yang positif dari Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Turki, Australia dan banyak lagi," katanya.

Liow berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Stop The Crash ASEAN di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, Selasa.

Jelas beliau, kerajaan juga sedang mengkaji sistem eCall yang akan dilaksanakan pada Januari 2019.

Ia adalah perkhidmatan pemberitahuan automatik dengan maklumat kemalangan yang tepat apabila sesuatu insiden berlaku.

ESC, Liow Tiong Lai, eCall

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain