suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Kaitan Antara Bersih Dan Soros - Maria

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menafikan dana diterima daripada mana-mana yayasan yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.

"Bersih tidak mengambil wang daripada mana-mana yayasan Soros. Mereka tidak percaya saya. Mereka fikir kita mempunyai akaun berjumlah RM3.2 bilion," katanya kepada orang ramai yang berkumpul di Dataran Merdeka pada Isnin malam susulan pembebasannya.

Maria ditahan selama 10 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kah-Langkah Khas) sebelum dibebaskan pada petang Isnin.

Beliau tampil bersama teman-teman penyokong Bersih yang berkumpul dalam solidariti di Dataran Merdeka pada Isnin malam.

"Saya dibebaskan kerana anda semua dan sokongan anda. Terima kasih semua, "katanya.

Maria menggesa penyokongnya untuk terus menyokong Bersih dan tuntutannya.

"Saya berharap anda semua terus menyokong Bersih dan tuntutan kami. Kami mahu pilihan raya bersih dan pembaharuan institusi di negara kita," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain