suria

Empat Hilang, Dua Selamat Dalam Kejadian Tongkang Karam Dekat Pulau Bruit

Gambar Hiasan

SIBU: Empat awak-awak dipercayai hilang manakala dua lagi terselamat apabila sebuah tongkang membawa muatan batu kelikir karam di perairan Laut Cina Selatan, berhampiran Kampung Betanak, Pulau Bruit, Mukah kira-kira 8.30 pagi Ahad.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Tengah, Abdul Mutalib Rashid berkata, sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Merah dengan kekuatan empat anggota menaiki kenderaan pacuan empat roda telah digerakkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan.

Beliau berkata, pemilik tongkang tersebut Chin Ah Soon melaporkan dua awak-awak selamat selepas berpaut pada bahagian belakang tongkang tersebut.

Menurutnya, turut membantu ialah Angkatan Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dengan menggunakan dua buah bot.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Borhan Sufyan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini yang jelas berhubung kejadian tersebut dan identiti mangsa terlibat.-- Bernama


Pulau Bruit, karam, tongkang

Artikel Berikut

Zunar Direman Sehari

Artikel Lain