suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemasangan Cerucuk Elak Runtuhan Susulan Dijangka Selesai Hari ini

HULU SELANGOR: Kerja memasang cerucuk besi bagi memperkukuh tebing tanah yang terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah yang bermula semalam dijangka siap pada Ahad.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, Jabatan Kerja Raya telah melakukan kerja itu sejak 24 jam lepas.

"Ia dilakukan tanpa henti sejak semalam di kawasan tebing," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu beliau berkata, setakat ini 118 penduduk daripada 24 keluarga ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Serendah.

"Kami juga sedang mengesan sembilan keluarga yang masih tidak berdaftar. Mungkin mereka pulang ke kampung atau menetap di rumah saudara-mara masing-masing," katanya.

Mohd Fauzi menjelaskan Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Pengairan dan Saliran sedang menyiasat punca keruntuhan sama ada berlaku paip pecah di bawah tanah.

Pihak polis telah mengisytiharkan kawasan tanah runtuh sebagai kawasan larangan Zon Merah dan mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.

Dalam kejadian 1 pagi Sabtu, seorang penduduk cedera, sebuah gerai makan rosak dan 10 kenderaan terjatuh. - Bernama

Artikel Sebelum

Zunar Direman Sehari

Artikel Lain