suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh: Polis Isytihar Zon Merah, 340 Penduduk Berpindah

SERENDAH: Polis mengisytiharkan kawasan di sekeliling lokasi tanah runtuh di Taman Idaman sebagai Zon Merah ketika 64 buah rumah diarahkan dikosongkan serta-merta bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Kira-kira 340 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 500 meter diberikan masa sehingga pukul 1.45 petang untuk meninggalkan kediaman mereka pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Supritenden R. Supramaniam berkata, setakat ini hanya enam keluarga dipindahkan dari kawasan tersebut.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati paras air yang mengalir di bawah tanah di kawasan tersebut semakin meningkat.

"Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memaklumkan bahawa sumber air itu bukan daripada paip tetapi kemungkinan limpahan dari kawasan bukit berdekatan susulan hujan lebat," katanya kepada media.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Selangor melaporkan, kesemua penghuni yang terjejas akan ditempatkan sementara di Sekolah Rendah Agama Serendah sebagai langkah keselamatan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor telah diarahkan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di lokasi yang terjejas.

Tanah Runtuh Serendah

Artikel Lain